coret-coret

August 1, 2007

“Susahnya Islam ni”

Filed under: artikel,tazkirah — fuadnordin @ 2:08 pm

“Susahla Islam ni”,”susahla nak amal Islam zaman moden ni”,”Islam ni itu tak boleh ini tak boleh”

Frasa-frasa di atas kerap saya dengar dan rasa nya ada sesetengah yang terbaca akan tajuk fikrah saya ni ada yang bersetuju.Pernah satu kejadian saya lepak dengan seorang teman,saya bercerita pasal gelombang syiah yang makin melanda negara kita sambil kongsikan serba sedikit info pasal syiah yang saya tahu,ingatkan beliau menunjukkan minat tapi sebaliknya dia kata balik lebih kurang begini :“ Toksah dok kata tentang yang berkaitan Islam ,cuba kau fikir pasal antara Islam dan agama lain,apa yang buat kau yakin Islam itu benar?”Terkejut saya,tak pernah terlintas akan diajukan soalan begitu dari seorang kawan muslim,terus saya insan yang lemah terdetik :”Patutla dia buat tak tau je pasal rukun Islam (solat ,puasa dan sebagainya),rupanya mungkin ada sedikit keraguan dalam diri dia”

Berbalik kepada tajuk asal,kita tinggal kan cerita kawan saya.Saya kongsikan cuma sebagai bukti dah ada muslim sendiri sekarang ini dah anggap Islam dah tak relevan,Islam sama macam agama lain sahaja jadi tak kesah sama ada nak anut yang mana satu.

Apa yang susahnya tentang Islam?Jom kita tengok sikit antara pekara berkaitan dengan Islam.

1) Tuhan

Nak bandingkan dengan agama lain,ada yang banyak tuhan mereka,ada tuhan yang racist(rupa tuhan sama dengan rupa sesuatu kaum) dengan Islam yang Tuhan yang hanya Se Nya yang layak disembah hanyalah ALLAH dan ALLAH tak berupa seperti orang arab atau memana kaum,Allah tak sama dengan makhluk.Tuhan yang banyak,adakah ia nya logik?cuba kalau Malaysia ada 3 perdana Menteri,setiap satu mewakili setiap kaum majoriti masyarakat Malaysia.Apa agaknya yang jadi kat malaysia?jadi,relevan kan Islam?

2) Nabi

Bila dah ada Tuhan,mestilah ada arahan atau larangan.maka adanya nabi sebagai utusan ALLAH untuk menyampaikan dari Tuhan.Andai ALLAH sampaikan/tegur secara ‘direct’,di dunia ini tak kan ada orang yang buat maksiat dan sememangnya syaitan takleh buat apa-apa la kat manusia.Hatta Raja-raja kat dunia ini pun ada larangannya inikan pula Tuhan.Logik kan islam?

3) Al-Quran dan As-Sunnah

Hatta kereta atau telefon bimbit pun ada buku panduan(manual),maka begitu juga Islam ada panduannya dan as-sunnah adalah huraian pada panduan tersebut. Huraian diberikan oleh utusan Tuhan yang diberikan kepadanya kefaqihan oleh Tuhan agar dihuraikan boleh dijadikan ikutan.(sebabnya utusan Tuhan juga adlah manusia).Logik kan?

4) Halal dan haram

Rasanya bila kita dah akui Tuhan yang mencipta kita sudah tentu kita boleh terima apa yang Tuhan tahu untuk kebaikan kita.Cuba tengok antara larangan Tuhan:

i. Zina/berdua2an/bersekedudukan tanpa hubungan yang sah

Mana yang lebih baik?ni soalan untuk perempuan. Si lelaki kena ada ikatan dengan awak baru leh ‘sentuh’ awak atau tak payah ada ikatan,jadi bila dia rasa dia nak buat ape pun kat awak dia punya suka,dia sentuh itu,sentuh ini,’buat itu’ tapi dia takde terikat dengan awak,yang ada cuma janji manis di mulut. Bila dia rasa dia dah puas bebila saja dia boleh tinggalkan awak.Pastu sentuh perempuan lain pulak.Itu yang perempuan zaman sekarang nak?Relevan kan islam haramkan zina/bersekedudukan antara dua jantina yang bukan mahram?

ii. Arak

Dah banyak kes perempuan yang mabuk dirogol,pemandu yang mabuk terlibat dengan kemalangan yang meragut nyawa.Masih tak relevan lagi pengharaman arak?relevan kan islam haramkan arak?

Kalau nak dihitung apa yang Tuhan haramkan,boleh sangat nak kira jumlahnya,tapi kalau nak dihitung apa yang Tuhan halalkan untuk manusia,memang tak terkira.

5) Aurat(terutamanya bagi perempuan)

Awak jenis yang ikut peredaran zaman,tapi dalam banyak2 fesyen yang terkini yang menutup juga aurat,kenapa pilih yang tak tutup aurat.Tapi yang peliknya:

Bila lelaki yang suka melihat bentuk badan/bahagian2 yang awak dedahkan,awak pula yang rasa tak selesa.Dikatanya lelaki ini semuanya sama!gilaseks!,”pervert!” dan sebagainya.

Islam tak haramkan pun fesyen,ikutlah fesyen apa pun,janji tutup aurat.Boleh aja nak pakai fesyen barat ke(ada je yang jenis tutup),jepun ke,tiada masalah la.Jadi,kat mana yang susahnya Islam?kat mana tak ‘relevan’nye islam?

Jadi,kat mana yang nampak islam itu susah?susah nak amal islam?padahal apa yang dalam Islam cuma adalah cara hidup yang tersusun yang praktikal,’guidelines’ untuk hidup dengan sejahtera kat dunia ini.Ye la,boleh elak maruah tercemar,anak takde nasab,nyawa,keharmonian hidup dalam masyarakat.Itu belum lagi cerita tentang betapa mudahnya dapat pahala dan betapa praktikalnya ibadat islam(rukhsah2nya).Jadi,logik ke ayat “susahnye islam ni”?

Ini disertakan mafhum hadis nabi sebagai penutup kalam.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, “Agama itu sangat mudah dan siapa pun yang membebani keberagamaannya secara berlebihan tidak akan sanggup menanggungnya. Jadi engkau tidak perlu berlebihan, tetapi cubalah untuk mendekati kesempurnaan dan terimalah khabar baik bahawa engkau akan diberi ganjaran; dan solatlah di pagi hari, siang dan di penghujung malam.” [1:38-S.A.] Sahih Bukhari

 

Dari Sa’id bin Abu Burdah r.a., dari bapanya, dari datuknya, katanya : “Bahawasanya Rasulullah SAW pernah mengutus datuknya bernama Mu’adz ke negeri Yaman, maka bersabda baginda : Mudahkanlah kamu berdua, jangan mempersulit, dan gembirakanlah, dan jangan menjauhi; saling patuhlah kamu berdua dan jangan saling sengketa!” Sahih Muslim

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: