coret-coret

August 1, 2007

ada apa dengan ikan goreng?

Filed under: artikel,tazkirah — fuadnordin @ 2:05 pm

Salam..

Segala puji ke atas ALLAH tuhan rabb seluruh alam dan selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi muhammad s.a.w.

Amma ba’du,

Kali ini nak ajak kawan-kawan merenung proses menggoreng ikan.Haa..ada apa dengan ikan goreng ek? Ok,mula-mula sekali nak tanya..pada awal mula kita masukkan ikan ke dalam kuali untuk menggorengnya,kita sepatutnya besarkan api atau kecilkan api nya?kalau soalan ini ditanya pada ibu2 yg berpengalaman menggoreng ikan,sudah tentu jawapannya kecilkan api bukan?

Kenapa ye?kenapa tak besarkan saja api?boleh cepat sikit ‘hijrah’ kan ikan tu dari ikan mentah (negatif) kepada ikan goreng (positif).Ya, memang betul kalau terus besarkan api,ikan mentah tadi jadi ikan goreng dalam masa yg lebih singkat. Tapi..cuba kalau dimakannya ,cuba cubit sikit isinya,ikan yg dilihat sudah ‘positif’ dari luaran tadi rupa-rupa nya belum ‘positif ‘lagi isi dalam nya..yg Cuma nampak masak (positif) cuma kulit luarnya,berpuas hati kah kita?

Lain hal nya kalau kita kecilkan dulu api pada awal mula menggoreng…ikan itu akan perlahan-lahan ‘berubah’ dari ikan mentah (yang tiada guna) kepada ikan goreng (yang berguna pada kita).

Kalau difikir-fikir ,mungkin boleh disimbolik pada kehidupan kita, kalau kita nak berubah..kalau perubahan mendadak,adakah berkekalan,seorang ayah yang nak merubah anak nya dengan mendadak(maka guna kekerasan ) agar menjadi insan berguna..adakah berhasil cara nya itu?berbanding kalau seorang ayah itu menggunakan pendekatan yang lebih mesra yang mampu menyentuh hati anak nya..insyaALLAH hatinya akan berubah dahulu disusuli anggota badan lain (tingkah laku dan akhlak) kan?

Sama juga halnya,kita ingin berdakwah kepada orang lain. Rasanya jika kita terus utarakan ‘point-point’ kita,adakah mudah diterimanya,berbanding kalau kita berkawan dahulu dengan dia,barulah perlahan-lahan kita masukkan unsur dakwah itu pada masa yang ‘kena’ dan cara yang ‘kena’.

Perumpamaan ini jugak leh diaplikasikan untuk menggoreng cucur tepung adabi ke,goreng jeput ke dan sebagainya. Perumpamaan ini juga selari dengan hadis nabi berkaitan hati di mana nabi tekankan jika baik hati,baiklah seluruh jasadnya,juga perumpamaan ini memberitahu bahawa proses yang penting,bukan capai matlamat yang segera yang dicari dalam erti kata lain istiqamah,beramallah sedikit janji istiqamah.Teruskan mujahadah,bukan jayakan mujahadah sebab kejayaan adalah ‘bonus’ dari ALLAH.Sampaikan dakwah dan hidayah adalah urusan ALLAH,yang penting kita sampaikan dakwah.

Harapnya saya bukan cuma pandai cakap je,kawan-kawan kalau nampak saya cakap tak serupa bikin,minta tolong tegur iye,’sound direct’ pun takpe,saya pun manusia biasa ada nafsu dan iman yang tenggelam timbul..moga ALLAH sentiasa kuatkan iman kita semua..Aminn.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: