coret-coret

August 1, 2007

Kata Saiful Apek : “Bertindak mengikut arahan!”

Filed under: artikel,tazkirah — fuadnordin @ 2:06 pm

 

Segala pujian hanya selayaknya untuk ALLAH.Sesungguhnya tiada tuhan yang layak disembah melainkan DIA-satu-satunya Tuhan untuk sekelian makhluk dan alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan kepada ahlul bait. Salam buat ikhwah dan akhowat sekelian.

Amma ba’du

Penulis tetiba semalam teringat akan sepotong skrip saiful apek dalam filem Jutawan Fakir. Dialog tersebut ditujukan kepada kawan baiknya dalam filem tersebut (Bob Kuman kalau tak silap). Dialog tersebut “bertindak mengikut arahan” semakin kerap digunakan saiful selepas beliau menjumpai seguni wang. Bob kena ikut arahan saiful kalau nak dapat duit sebab saiful yang empunya duit di dalam cerita tersebut (duit rompakan yang dia jumpa).

Ada beberapa situasi yang sinonim dengan konsep “bertindak mengikut arahan”

1) Kalau anda pekerja sesuatu organisasi,ada seorang rakan kerja atau dia lebih tinggi sedikit pangkatnya dari anda menyuruh untuk melakukan sesuatu kerja.Dikatanya pekara yang disuruh itu adalah untuk kebaikan organisasi tersebut. Sudah tentu anda akan menyoal balik “Adakah bos yang suruh buat macam ini?” ,sebabnya anda tahu bos yang memberi gaji kepada anda dan anda bekerja untuk bos.

2) Kalau anda seorang pelajar,anda sudah tentu mengikut ketetapan pecahan markah untuk “coursework” (biasanya “midterm test”,”assignment”,”lab” dan sebagainya). Tidak mungkin anda melakukan sesuatu yang pada pandangan anda dengan cara anda itu anda lebih paham subjek tersebut maka anda meminta agar “kerja” anda itu turut diberi markah. Ini kerana pensyarah yang memberi markah,maka pelajar itu haruslah bertindak mengikut arahan.

3) Dalam Islam,jika kita diberitahu tentang sesuatu yang dikatakan ianya adalah ajaran islam; tidak ramai pula yang bertanya adakah ianya adalah dari ALLAH(jika tidak disertakan dalil oleh orang yang memberitahu) ,macam mana nak tahu adakah ianya adalah dari ALLAH?Ianya adalah dari ALLAH sekiranya disokong oleh dalil al-quran dan sunnah nabi.

Maka oleh itu,sama-sama lah kita menjadi muslim yang tidak taqlid(terima bulat-bulat apa yang disampaikan) tetapi menjadi muslim yang tabi’ pada rasul (dengan bertanyakan dalil mengenai sesuatu ajaran yang diterima)

Logiknya memang mudah,nabi muhammad s.a.w adalah sebaik-baik ikutan dan baginda utusan ALLAH,sememangnya tugas baginda men’demo’kan islam kepada manusia.

Idea ini Cuma fikrah penulis –insan biasa,andai ada contoh yang salah penulis gambarkan harapnya masih lagi tidak merosakkan mesej yang penulis ingin sampaikan iaitu sesuatu yang dikatakan ibadat dalam islam jangan percaya atau buat selagi mana tidak diberitahu akan dalil yang menyokongnya. Moga kita sentiasa yakin dengan apa yang kita pegang –“kembali kepada Al-quran dan As-sunnah”.

Wassalam.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: