coret-coret

August 1, 2007

Mana Yang Anda Suka:Kereta Yang ‘Standard’ atau Kereta Yang ‘Modified’?

Filed under: artikel,tazkirah — fuadnordin @ 2:06 pm

 

Kereta,direka dan dicipta oleh jurutera dengan kereta tersebut dilengkapi keperluan-keperluan yang bermanfaat untuk pemandu semasa di jalan raya. Semasa awal penciptaannya,cara-cara pemanduan dan penjagaan ditunjukkan (didemokan). Di tika ini,kereta ini memang terjamin masih lagi ikut ‘standard’ piawaiannya.

Pemilik pertama sesebuah kereta,kebiasannya mereka sayang dengan kereta mereka yang ‘standard’ ini. Kisah nya bermula apabila kereta ini (jika masih tahan) bertukar hak milik beberapa kali. Pemilik terakhir yang menjadi memakai kereta ini,dilihatnya pada buruk(kekurangan) yang ada pada kereta tersebut maka di antara kemungkinan nasib yang terjadi pada kereta tersebut adalah :

 

1) Pemilik ialah seorang yang menghargai sesuatu barang,ingin mengembalikan keaslian (standard) kereta itu,sanggup berhabis banyak asalkan dapat menukar apa yang patut dengan alat ganti tulen.

2) Pemilik sayangkan kereta,pemilik ingin kereta itu ‘ok’ semula,tapi mengikut citarasa pemilik.Dihantarnya keretea itu ke bengkel-bengkel yang mekaniknya mengaku orang yang ‘ahli’ dengan kereta. Dasar yang mereka pakai adalah ilmu merkea dan pengalaman mereka semata-mata maka terjadilah menukar alat ganti yang hanya dikelaskan ‘compatible’ sahaja. Mekanik tersebut mengubah apa yang perlu sahaja,dalam kes ini ,masih lagi dapat mengecam jenis dan model kereta tersebut.

3) Pemilik mengubahsuai kereta tersebut sehingga hilang identiti jenis dan model tersebut.

4) Pemilik langsung meninggalkan kereta tersebut.

Mari kita tengok apa yang jadi pada islam. Pada zaman nabi (pemilik pertama) ketulenan islam usah dipertikai. Zaman salafussoleh pun begitu,ketulenannya masih lagi ketara. Makin berlalu beberapa generasi,islam semakin ditokok tambah dengan modifikasi-modifikasi oleh mereka yang menggelar diri sebagai orang yang ahli dalam agama tanpa merujuk ‘manual ori’ dari nabi s.a.w ,khulafa arrasyidin dan para tabi’en. Walhal modifikasi-modifikasi itu sedikit demi sedikit merosakkan ketulenan islam sehingga islam ditinggalkan (jadinya gejala-gejala murtad).

Marilah sama-sama kita berusaha menukar ganti dengan alat ganti yang tulen,memang harganya mahal. Kita mungkin dicerca oleh golongan yang lebih menyukai Islam yang sudah dimodifikasi. Islam yang ‘standard’ lebih selamat untuk kita. Marilah menyokong usaha tajdid! ALLAHUAKBAR!

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: