coret-coret

August 1, 2007

Moh kita berlumba dapatkan keampunan dan pahala!!(updated)

Filed under: artikel,tazkirah — fuadnordin @ 2:09 pm

“Aku dah takleh dah,bro..banyak giler kut dosa aku,Allah nak terima lagi ke aku?”

“Aku bukan tau sangat pasal agama ni..entah berapa je pahala aku”

“Doa aku ALLAH nak terima ke?Amal pun kurang,dosa bertimbun..biarlah aku macam ni..aku dah terlajak,takleh nak patah balik lagi..kau lain la..bla..bla..bla “

“Kau tak kenal lagi aku,kau tak tahu apa yang aku pernah buat..aku rasa pintu taubat dah tutup dah untuk aku”

Itulah sebahagian kata-kata yang saya selalu dengar dari orang-orang tertentu.Nak tau tak berita baik?mari sini saya khabarkan,betapa ALLAH itu Maha Pemurah dalam memberi pahala dan menerima taubat dan sangat kedekut dalam memberi dosa.Cuba la korang nyatakan 1 orang yang paling baik pernah korang jumpa,baik sangat dengan korang (ayah korang ke,kawan baik ke,suami ke,boyfriend/girlfriend ke),bila teringat orang tu,korang tentu rasa senang bila teringatkan akan baiknya orang tu pada korang.Ok,itu baru guna term “sangat”,cuba fikir,term yang disandarkan pada ALLAH adalah “MAHA”,boleh buka kamus dewan tengok huraian perkataan MAHA.

Kalau dah Maha Pemurah,Maha Penyayang,Maha Pengasih,Maha Pengampun dan banyak lagi Maha sudah tentu jangkauan betapa DIA (ALLAH ) dalam sifat-sifat yang disandarkannya jauh melebihi apa yang boleh ditunjukkan oleh manusia,pemurah manusia masih lagi ada hadnya ye dak?

Ketahuilah,setiap orang sangat berpeluang untuk dapat banyak pahala dan diterima taubat malah yang lebih baik lagi mendapatkan syurga.Bayangkan syurga dengan segala nikmat kat dalamnya ditambah lagi dalam syurga semuanya positif,maksud saya langsung tiada perasaan resah,gelisah,takut,marah,tension dan apa lagi la emosi yang negatif.Cuba bayangkan,ada tak satu tempat kat dunia yang tiada didalamnya penghuni yang tiada rasa resah sedikit pun,yang ada Cuma rasa gembira?

Di bawah post ini saya lampirkan hadith-hadith pilihan berkenaan betapa pemurahnya ALLAH dalam memberi pahala dan menerima taubat.Kita semua maklum hadis adalah kata-kata nabi dan nabi tak bercakap melainkan apa yang diwahyukan/ilhamkan oleh ALLAH padaNya.

Moh kita berlumba mendapat keampunan dan pahala!! Sebabnya selagi kita bernyawa,selagi itulah kita ada peluang untuk perbaiki diri kita! Ye! Semua kita boleh!

p/s: tengok je la mcm mana mudahnya cara solat sunat taubat yang nabi ajar (ada kat post bawah ni),solat sunat taubat ,walaupun hukumnya tak wajib,tapi seperti yang nabi tegaskan dalam hadis,DIAMPUNKAN DOSA orang yang melakukannya.Betapa MAHA Pengampun ALLAH rabbul jalil

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: