coret-coret

August 1, 2007

Seks Dan Kehidupan Manusia

Filed under: artikel,tazkirah — fuadnordin @ 2:10 pm

Menurut Prof Abraham Maslow(Pakar Psikologi Klinikal),seks adalah salah satu dari jenis keperluan fisiologi manusia. Keperluan fisiologi atau jasmani adalah keperluan PALING ASAS tetapi PALING PENTING (pekara asas semestinya pekara paling penting dalam semua hal,ye dak?) di mana manusia MATI apabila keperluan ini tidak dipenuhi.Mahu tahu apa lagi antara keperluan fisiologi manusia?Antaranya ialah makanan,air,udara,tidur dan kepuasan sensori atau indera.

Cuba perhatikan balik ayat diperenggan atas,keperluan seks adalah sebanding dengan keperluan makan,minum,bernafas, dan tidur!Ini sememangnya membuktikan pekara berkaitan seks jangan dipandang enteng.

Jadi bila seseorang berbicara tentang seks,maka tiada kehinaan tentang apa yang dibicarakan,cuma yang tak boleh dibicarakan adalah bicara yang boleh membuatkan orang menggambarkan sesuatu yang boleh menaikkan syahwat seperti contoh seorang isteri menceritakan sesuatu tentang tubuh kawannya (perempuan) kepada suaminya,sebabnya si suami cuma boleh melihat atau membayangkan aurat isterinya sahaja.

Islam sebagai cara hidup,adakah logik tidak menyentuh soal keperluan seks?Islam langsung tak mengharamkan seks,seks adalah halal mengikut jalan Islam dan yang haram di sisi Islam cuma zina.Apa yang penulis nak sampaikan kali ini adalah mesej supaya JANGAN KITA PISAHKAN AGAMA DARI ERTI KEHIDUPAN.

Agaknya ramai yang takut untuk mengikut agama kerana menyangka agama melarang segala nikmat dunia dan hanya berkisar tentang ibadat sahaja.Ini sememangnya tanggapan yang salah. kalau kena caranya melakukan seks pun boleh mendapat pahala. Haa,kan sambil menyelam minum air tu,nikmat dunia dapat;pahala pun dapat.

Bila dah kata Islam itu cara hidup yang ideal,yang sememangnya dari pencipta manusia dan alam ini;adakah mungkin apa yang dikatakan ajaran Islam itu tidak memenuhi keperluan-keperluan asas manusia,adakah cara hidup yang ideal menyeksa manusia?menzalimi manusia?Apa yang manusia perlukan,tapi Islam haramkan/larang?Jika ada,kemukakan,sila komen artikel ini atau kemukakan di chat box penulis.

Satu fakta menarik,apa yang ALLAH haramkan sangatla sedikit sampai memang boleh dihitung,tapi cuba renungkan apa yang ALLAH halal kan..tak terhitung kita.

Itu sahaja lah dulu buat setakat ini,disebabkan tajuknya sebegitu,dibimbangi jika dilanjutkan coret ini,maka lari dari tajuk.Harap pada yang menganggap Islam hanya berkaitan ibadat sahaja dapat meluaskan skop penghayatan Islam dalam diri.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: