coret-coret

August 1, 2007

Tak Kenal Maka Tak Cinta,Tak Cinta Maka Tak Taat

Filed under: artikel,tazkirah — fuadnordin @ 2:12 pm

Prof datuk Dr.Mahmood Zuhdi membawakan dua kisah menarik semasa membentangkan kertas kerjanya yang berjudul “Islam Itu Mudah”(rujuk Majalah I isu ogos 2007 ms: 14).Salah satu kisah tersebut adalah:

“Ada seorang Badwi yang datang kepada Rasulullah s.a.w dengan niat untuk memeluk Islam,tetapi mempunyai masalah kerana katanya masih belum mengenali Tuhan.Rasulullah bertanya apakah yang dilihatnya sepanjang perjalanannya ke situ.Apabila Badwi itu menjawab dia nampak tahi-tahi unta,Rasulullah bertanya,apakah yang kamu fikir apabila melihat tahi-tahi unta tersebut?Badwi itu terus menjawab dengan bersahaja,saya fikir bila ada tahi tentu ada untanya.Mendengar jawapan itu rasulullah terus bersabda bahwa dia sebenarnya sudah mengenal Tuhan”

Ya,bila ada tahi tentu ada untanya.Dengan logik mudah itu Badwi tersebut dikira sudah beriman dan juga mengenali ALLAH.Dia tidak ditanya oleh Rasulullah lebih daripada itu.

Cuba perhatikan langkah yang diambil Rasulullah,sememangnya rasulullah mulakan dengan langkah asas,asas keislaman adalah mengaku ketuhanan ALLAH dan menolak selainnya serta mengaku Muhammad bin Abdullah itu menyampaikan mesej dari ALLAH.

Begitu juga halnya dalam kita nak mengislahkan sesama kita.Apakah asasnya?Sering kita dengar alasan orang yang tidak mahu bertudung agar jangan dipaksa/disuruh bertudung kerana diyakini tiudak akan dapat bertahan lama,biarlah kemahuan bertudung itu datang sendiri.Ya,mereka ada ‘point’ nya di situ.

Cuba kita lihat,manusia jika tiada cinta dengan yang ada cinta. Remaja perempuan (yang berkenaan sahaja,bukan semua) dengan mudah merelakan lelaki yang dicintai melakukan apa sahaja kepadanya bahkan sanggup remaja perempuan itu buat apa sahaja untuk lelakinya (ini juga bergantung pada tingkatan cinta)hanya kerana ada cinta.Meskipun begitu jika si lelaki meminta agar perempuan ini bertudung juga tidak akan kekal kerana bertudung itu adalah asalnya perbuatan untuk ALLAH,yang suruhan tanpa soal dan penuh rela perempuan ini hanya dalam konteks perbuatan yang menunjukkan berkhidmat(kepatuhan/ketaatan) untuk lelakinya itu sahaja.Begitu juga halnya terjadi bagi lelaki yang terlalu mencintai seseorang wanita.Jadi,setujukah anda asas kepatuhan / ketaatan adalah cinta?

Inilah dia bukti kuasa cinta!Tiada siapa dapat menafikan kuasa cinta begitu kuat.Bahkan muslim di zaman nabi dan salaf begitu berjaya dek kerana kecintaan majoriti (bahkan semua) muslim ketika itu kepada ALLAH dan Rasulullah.

Berbalik kepada alasan keengganan perempuan untuk bertudung tadi,maka memang betul alasan dia.Maka tugas da’ie yang paling asas dalam mengislahkan sesama muslim adalah melahirkan balik rasa cinta ALLAH dan cinta Rasulullah.

Kalau dalam urusan dunia pun kita tidak gemar pendekatan yang secara langsung menegur kesilapan kita maka begitu juga halnya dalam mengislahkan muslim.Adakah hikmah dan efektif jika kita terus menegur “Tutuplah aurat,kau nak masuk neraka ke”,”Jangan la buat begini dan begitu..bla..bla..bla..Kalau kau buat apa beza nya kau dengan orang bukan Islam?” atau berbagai lagi teguran yang terus menghukum.Sememangnya teguran macam itu untuk orang yang selalu pergi kelas-kelas agama atau yang memang menjaga Islamnya maka dia boleh terima sebab cinta nya lebih sikit maka bila dikhabarkan begitu dia sanggup berubah kerana cintanya pada ALLAH dan Rasul.

Rasanya memang salah jika kita cepat melenting jika orang lain tidak faham larangan / suruhan sebagaimana kita memahaminya.Selalulah kita ingat bahawa kita yang dalam keadaan dapat ‘menjaga/mengawal’ diri ini pun adalah nikmat dari ALLAH maka hendaklah kita bersyukur dengan menyampaikan mesej yang boileh membuat rakan-rakan disekeliling kita juga merasakan cinta ALLAH dan Rasul bukannya dengan terus ‘skip step’ cinta ALLAH dan Rasul ini dengan terus menyatakan hukum-hukum dalam Islam.Bukankah sesuatu yang menyenangkan jika ramai muslim atau semua la muslim menyintai ALLAH dan Rasul melebihi segalanya?Lebih mudah la untuk menyampaikan sesuatu dari ALLAH dan Rasul,ye dak?

Bagaimana untuk melahirkan cinta ALLAH dan Rasul?Rasanya dengan menyampaikan dari ALLAH dan Rasul yang melibatkan kemurahan ALLAH,keluasan rahmat ALLAH dan keampunanNya, menyampaikan hak-hak wanita dalam Islam yang sememangnya mengangkat darjat wanita dan pelbagai lagi keindahan Islam.Menyampaikan sifat-sifat ALLAH dan akhlak/pendekatan Rasul(ajaran Islam) bukankah juga adalah mengenalkan ALLAH dan Nabi kepada manusia juga kan?Sebab asas cinta adalah kenal dan menyatakan hukum adalah apa yang disuruh/dilarang adalah apa yang ALLAH tetapkan sebagai ujian ketaatan/kepatuhan kita.(Saya tak menyatakan kita boleh mengabaikan syariat,cuma untuk taat dan patuh yang ikhlas perlukan cinta dan cinta perlukan kenal ALLAH dan Rasul)

Mungkin para ustaz rakan-rakan seperjuangan yang senior lebih arif macam mana nak melahirkan cinta ALLAH dan Rasul ini,harap dapat membuahkan idea dan methode untuk kita melahirkan cinta ALLAH dan Rasul dalam diri setiap muslim.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: